Sunday 18 September 2011

Syarikat Mushroom Best Sdn.Bhd,
No.8 JLN. Darul Aman Taman Aman,
06700 Alor Star,
Kedah Darul Aman.
_________________________________________
Tuan Pengurus,                   7 September 2011
FAMA Negeri Kedah,
Kedah  Darul  Aman.                                   
                  


TUAN,

MEMPROMOSI PRODUK MUSHROOM
Merujuk perkara di atas,saya setiausaha  dari Syarikat Mushroom Best Sdn.Bhd ingin mendapatkan pemasaran produk mushroom dalam pasaran tempatan dan juga pasaran luar Negara.
2.            Syarikat kami menjalankan projek penanaman kulat secara kecil-kecilan.Kaedah penanaman kulat yang kami jalankan menggunakan bahan organik tanpa menggunakkan campuran bahan kimia.Produk kami juga telah mendapat lesen halal dari jabatan agama islam Malaysia.Selain itu,produk syarikat kami juga membekalkan protein dan juga zat-zat vitamin yang di perlukan oleh badan seorang manusia.Produk syarikat kami di jamin bersih dari menggunakan bahan kimia seperti menggunakan racun.
3.            Tujuan kami di sini ingin mendapatkan pemasaran produk kami dalam pasaran tempatan dan juga pesaran luar Negara.Buat masa sekarang,produk kami hanya di jual kepada orang tengah seperti peniaga runcit di kampung-kampung,pasar malam,pasar sehari dan juga di kilang kami sendiri.Kami ingin produk syarikat kami dapat di pasarkan terus ke pemborong secara besar-besaran seperti di tesco,pasar-pasar,pasar raya yang besar dan juga seluruh Negeri.Selain itu,kami juga berharap supaya produk kami juga dapat di pasarkan di pasaran antarabangsa.
Dengan ini,kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan pemohonan kami.Segala jasa baik tuan amat kami hargai.
Sebarang maklumat boleh hubungi En.Khairi Azri bin Mohd Nor.Tel: 04 7595543 ,Hep: 017 7621348
SEKIAN,TERIMA KASIH.                    

                     `PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN’
                       ‘KEJUJURAN DAN KETEKUNAN’                            


YANG BENAR
……………………………..
MOHD AZIUDDIN BIN ALIAS

PENGURUS BESAR,
SYARIKAT MUSHROOM BEST SDN.BHD



No comments:

Post a Comment