GALERI & RESEPI






RESEPI
Cendawan tiram tumis berlada

     Resepi untuk 2 orang makan sahaja.

Bahan-bahannya :
1) 200gram cendawan tiram segar
2) Seulas bawang besar
3) 2 biji bawang putih
4) Cili hijau besar 2 biji
5) Cili padi [ kalau nak pedas, lebihkan cili padi ]
6) Sedikit ikan bilis
7) Garam secukup rasa

Cara masakan :
1) Ceraikan cendawan tadi mengikut saiz yang anda gemari.
2) Hiris semua bahan tadi kecuali ikan bilis & garam.
3) Tumis dahulu hirisan bahan tadi & ikan bilis dalam sedikit minyak panas.
4) Masukkan garam secukup rasa & tumis sehingga naik bau.
5) Masukkan cendawan tadi & gaulkan bersama bahan2 yang telah ditumis tadi.
6) Gaul sehingga agak layu & sedia diangkat untuk dihidang.

.




 Sup Cendawan bersayur-sayuran




Bahan-bahannya :
1) 3 paket cendawan tiram ( paket yang kecil )

2) 1 biji karot ( di hiris memanjang )
sedikit hirisan kobis
3) 2 paket fishball
4) 200 g isi ayam ( di potong kecil2 )
5) 3 biji bawang merah ( ditumbuk )
 6) 3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
7) 2 sudu teh lada putih  (ditumbuk )
8) daun supdan daun bawang
9) sedikit minyak  untuk menumis
10) air secukupnya

 11) kiub ayam, garam secukupnya.




Cara masakan :
1)  Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan isi ayam.

2) Masak hingga kecut kemudian masukkan air secukupnya untuk sup.
3) Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, fishball, dan cendawan tiram. 
 4) Sesuaikan rasa bolehlah diangkat. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan daun sup.







Crispy Sweet & Sour Abalone Mushrooms


bahan-bahannya:
1) 200 cendawan abaloma segar
2) tbsp tepung jagung
3) 1/2 tps garam
4) 5 cawan minyak untuk menggoreng

bahan A:
1) 1/2 tbsp kicap cair
2) 1 tbsp cuka hitam ( i guna cuka putih jer )
3) 1 tbsp gula / secukup rasa
4) Sedikit tepung jagung ( pemekat )
5) Serbuk lada putih
6) 2 tbsp air

bahan B:
1)Biji bijan putih  d panggang
2) 1 cili merah hiris
3) Sedikit hirisan halia goreng

cara masakan:
 1) Potong abalone mushrooms kepada kepingan yang kecil (sekiranya bersaiz besar)
2) Gaul dengan garam dan tepung jagung. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan dan ranggup. Ketepikan.
3) Keluarkan minyak yang berlebihan.Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis..
4) Masukkan bahan² A dan masak sehingga ianya pekat.Masukkan abalone mushrooms goreng tadi dan gaul rata.
5) Angkat dan hidang bersama biji bijan, cili merah dan halia hiris goreng.





Resipi cendawan goreng


Bahan-bahannya:

1) 5 biji telur ayam yang di kacau rata.
2) Tepung Kentucky
3) Cendawan segar baru petik dari ladang


Cara memasak :
1) Basuh cendawan dan toskan.
2) Celup cendawan ke dalam sebatian telur yang dah dikacau.
3) Gaul atau balik-balikkan cendawan ke atas tepung Kentucky
4) Masukkan kedalam kuali dan goreng sehingga garing.


Perasa Tambahan:
1) Boleh buatkan sambal kicap
2) Atau sos cili dan sebagainya sebagai pencicah.








Broccoli with Straw Mushrooms




Bahan-bahannya:
1) 600 gm broccoli 
2) 4 ulas bawang merah dicincang
3) 7 ulas bawang putih dicincang
4) 1/2 inci halia dihiris
5) 1 tin straw mushroom dibelah dua
6) 2 tbsp perencah pati ayam Tumix
7) Minyak untuk menumis




Cara memasak:
1)Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia bersama sedikit minyak hingga wangi.
2) Masukkan broccoli dan straw mushroom. Gaul rata.
3) Tambahkan perencah pati ayam dan gaul.
4) Setelah ianya masak.. bolehlah d angkat.
Hidang.









Bahan-bahannya: 
1) 150 gm shimeji mushrooms
2) 100 gm golden mushrooms / enoki mushrooms
3) 175 gm fresh shiitake mushrooms
4) 25 gm white fungus di rendam dan d potong kecil
5) 4 batang serai diketuk
6) 1 biji cili merah dihiris kasar
7) 5 biji cili padi _ d tumbuk ( kalau nak pedas boleh tambahkan lagi yer )
8) 375 gm dada ayam dihiris kasar
9) 6 ulas bawang merah dicincang
10) 2 ulas bawang putih dicincang
11)4 keping asam keping
12) 1/2 tbsp perencah pati ayam Tumix
13) 1/2 tsp serbuk kunyit
14) 1 batang daun sup di cincang
15) Garam secukup rasa
16) Santan secukup kegunaan
17) Minyak untuk menumis


Cara memasak:
1)Panaskan sedikit minyak.. tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
2) Masukkan serai dan cili merah serta cili padi. Tumis seketika..
3) Kemudian masukkan dada ayam hiris dan masak sehingga ianya empuk.
 4) Masukkan white fungus, shiitake mushrooms dan shimeji mushrooms. Gaul rata.
5) Masukkan santan secukup masakan dan serbuk kunyit dan gaul.
6) Masukkan pula golden mushrooms dan asam keping. 
7) Akhir sekali tambahkan perencah pati ayam dan garam secukup rasa. Sesuaikan rasa.
8) Setelah mendidih masukkan daun sup dan gaul rata.. tutupkan api dan angkat.
9) Hidang dan makan ketika ianya masih panas.