PRODUK



CENDAWAN BUTANG
  • Cendawan Butang kaya dengan vitamin dan galian.
  • Cendawan ini mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi.
  • Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium.
  • Mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah.
  • Mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. 





CENDAWAN SHIITAKE

  • Cendawan Shiitake segar dan kering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara.
  • Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna.
  • Shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat berbanding shiitake segar.
  • Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak.
  • Cendawan shiitake sebenarnya adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji.
  • Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin.
  • Kebolehannya untuk memberi tenaga dan menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit.
  • Lentinan yang terdapat pada shiitake menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain.
  • Digunakan sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel tumor dan toksin.




CENDAWAN TIRAM KELABU
  • Cendawan tiram kelabu mempunyai  rasa yang sedap sebagai sayur.
  • Baik untuk membina kesihatan kerana ia mempunyai beberapa keperluan badan mikro.
  • Mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein.
  • Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah: vitamin B1, B2, niasin, biotin dan vitamin C.
  • Mengandungi mineral penting seperti K, P, Ca, Na, Mg dan Cu.





CENDAWAN JERAMI PADI
  • Cendawan jerami padi berperisa lembut.
  • Bertekstur licin mempunyai rupa yang cantik.
  • Keseluruhan cendawan ini boleh dimakan.
  • Ia memerlukan jangkamasa matang yang pendek.
  • Ia merupakan salah satu cendawan yang paling digemari di seluruh dunia.
  • Mengandungi kandungan vitamin C dan asid amino yang tinggi.